Vivix Bantu Kurangkan Masalah Gula Tinggi Dalam Darah Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Sakit kencing manis bukanlah isu baru di Malaysia. Statistik menunjukkan bilangan pengidap kencing manis telah meningkat sebanyak 40% dalam tempoh sepuluh (10) tahun.


Sebab itulah DN sangat berharap agar semua dapat mengambil tahu tentang diabetes @ kencing manis dan berusaha bersama-sama untuk mencegah atau mengawal penyakit tersebut. Salah satu cara adalah dengan menjaga pemakanan termasuklah mengamalkan suplemen kesihatan.

DN faham pengidap penyakit kencing manis ini juga kadang-kadang mengidap penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kolesterol tinggi. Akibatnya, mereka perlu mengambil berjenis-jenis ubat dalam sehari.

Dan bila ditambah dengan lapan (8) jenis suplemen terbaik untuk pesakit kencing manis, pasti mereka akan berasa sedikit terbeban. Akhirnya, kebarangkalian untuk mereka ambil suplemen secara konsisten adalah sangat rendah.

Jadi, untuk pesakit kencing manis yang tak nak ambil suplemen banyak-banyak, DN cadangkan untuk mula mengamalkan VIVIX, satu-satunya tonik kesihatan yang mampu bertindak sehingga ke peringkat sel.

Benarkah VIVIX membantu mengawal gula pesakit kencing manis? DN senaraikan empat (4) cara VIVIX bantu kurangkan masalah gula tinggi dalam darah pesakit kencing manis:

1-- VIVIX melambatkan pembentukan protein AGE

Proses penuaan turut meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis. Kajian menunjukkan mereka yang berusia 30 tahun ke atas adalah lebih berisiko.
PENUAAN boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan protein AGE yang mengakibatkan berlakunya komplikasi kencing manis.
Protein AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan bertindak balas dengan protein di dalam badan.
Terdapat empat (4) mekanisma utama tindakan VIVIX yang memberikan kesan positif ke atas memperlahankan penuaan sel.
(1) Melindungi dan memperbaiki DNA
(2) Pengawalan genetik yang membantu melambatkan penuaan sel
(3) Menggalakkan biogenesis mitokondria bagi tingkatkan tenaga di dalam sel
(4) Melambatkan pembentukan protein AGE 

2-- VIVIX mengurangkan risiko komplikasi kencing manis

Ada beberapa kajian yang DN baca menunjukkan bahawa penyakit kencing manis menyebabkan berlakunya peningkatan pembentukan radikal bebas dan penurunan aktiviti antioksidan di dalam tubuh.

Kesannya boleh membawa kepada kerosakan sel dan seterusnya membawa kepada komplikasi kencing manis yang serius. Antara komplikasi kencing manis termasuklah kerosakan saraf dan buta.

Ramuan VIVIX yang diformulasi daripada empat (4) bahan utama Polygonum cuspisdatum, aggur Muscadine, European Elderberry dan lobak ungu mengandungi 15 polifenol dan resveratrol.
Polyphenols and resveratrol are plant-derived compounds with antioxidant and cellular aging benefits.
Musuh utama radikal bebas adalah ANTIOKSIDAN. Semakin banyak antioksidan di dalam badan, maka semakin banyak radikal bebas dapat dineutralkan kembali.
VIVIX merupakan tonik yang sangat kaya dengan antioksidan dan dapat membantu melindungi organ badan dari rosak akibat.
VIVIX juga membantu membaiki sel-sel yang mula rosak akibat pengumpulan gula yang terlalu tinggi di dalam darah.


3-- VIVIX meningkatkan kawalan gula (glukosa) di dalam darah

Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi (cth. nasi, mee, ubi keledek) akan menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat.

Polifenol yang terkandung di dalam VIVIX (anggur muscadine) membantu melambatkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah. Ini dapat mengurangkan pengumpulan gula yang tinggi dan seterusnya mengurangkan tahap gula di dalam darah.

Selain itu, DN juga cadangkan supaya pesakit diabetes mula mengambil makanan yang berindeks glisemik yang rendah bagi memperlahankan pelepasan gula ke dalam salur darah.
Indeks glisemik bagi karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi, manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem badan secara perlahan.

4-- VIVIX meningkatkan sensitiviti insulin (mengurangkan rintangan insulin)

Terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa resveratrol dapat mengurangkan glukosa dalam darah. Terdapat tiga (3) faktor utama yang menyebabkan berlakunya rintangan insulin.
(a) Obesiti
(b) Gaya hidup sedentari (tidak aktif)
(c) Pemakanan yang tidak seimbang
Resveratrol dalam VIVIX dapat mengurangkan rintangan insulin dengan cara menurunkan berat badan melalui tindakan-tindakan berikut:
(a) Mengurangkan pengumpulan lemak dan menghalang sistesis lemak di dakam badan.

(b)  Meningkatkan pengoksidaan asid lemak. Ini boleh membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

(c) Meningkatkan keupayaan otot untuk menyerap gula dan mengelakkan lebihan gula disimpan dalam lapisan lemak.

(d) Membantu mencegah pembentukan tisu adipose dan mengurangkan simpanan lemak di dalam badan.

(e) Meningkatkan keupayaan otot untuk berkerja dengan lebih kuat semasa bersenam jika dibandingkan dengan mereka yang tidak dibekalkan dengan resveratrol
Ada juga pengguna tegar VIVIX yang memberi maklum balas berasa kenyang dan kurangkan rasa makan makanan yang manis-manis selepas mengamalkan VIVIX.

---------------xxxxxxxxx---------------

DN senaraikan dahulu empat (4) cara VIVIX bantu kurangkan masalah gula tinggi dalam darah pesakit kencing manis. Bila DN dah selesai membaca dan memahami mekanisma tindakan VIVIX vs KENCING MANIS yang lain, DN akan kongsikan lagi dengan pembaca semua.  In shaa Allah.

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment