Kenali Diabetes @ Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini DN nak ambil sedikit masa untuk bercerita tentang DIABETES ataupun PENYAKIT KENCING MANIS dengan semua pembaca setia Blog Saya Sihat.

Samada kita sedar ataupun tidak, bilangan pengidap penyakit kencing manis adalah meningkat setiap tahun, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, dan angka ini sememangnya amat membimbangkan.

DN kongsikan statistik pengidap kencing manis di Malaysia pada tahun 2013.
Sebanyak 3.6 juta rakyat Malaysia adalah pengidap kencing manis.
1 daripada 5 orang rakyat Malaysia (dewasa) adalah pengidap kencing manis.
Rasanya kan, pada tahun ini (2017), bilangan pengidap kencing manis di negara kita ni semakin naik ke semakin turun?
Inilah antara penyebab utama kenapa DN sangat berharap agar kita semua ambil tahu tentang isu kesihatan diri sendiri. Jika dilihat dari luaran, mungkin nampak sihat sejahtera, tapi dalaman kita belum tentu sihat. Kalau tak percaya, cuba baca statistik ni.
52% rakyat Malaysia berumur melebihi 18 tahun ke atas tidak menyedari bahawa mereka pengidap kencing manis.
Ini bermakna kita semua termasuk DN sendiri, mungkin salah seorang yang berisiko untuk terkena penyakit kencing manis. Ngeri pula bila memikirkannya!

1- Apakah itu Diabetes @ Kencing Manis?

Diabetes @ Kencing Manis merupakan satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi daripada normal.
Diabetes berlaku apabila organ pankreas tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan. Makanan yang dimakan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan membantu gula dalam darah masuk ke dalam sel atau tisu badan untuk membekalkan tenaga.

2- Apakah itu Insulin?

Insulin merupakan salah satu hormon di dalam tubuh manusia yang dihasilkan oleh sel beta pulau langerhans yang berada di dalam kelenjar pankreas. 

Insulin disebut juga sebagai protein yang berfungsi untuk mengawal kadar gula (glukosa) di dalam tubuh. 

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh memasuki sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.


3- Jenis-Jenis Diabetes
Jenis 1 - Diabetes Mellitus Type I (bergantung kepada insulin)
Jenis 2 - Diabetes Mellitus Type II (tidak bergantung kepada insulin)
Diabetes Gestasi (berlaku kepada wanita yang sedang hamil)
Kencing Manis Jenis I dan II
Perbandingan Secara Ringkas Jenis-Jenis Diabetes Mellitus
 Dalam entry ini, DN hanya fokus pada Diabetes Mellitus Type II sahaja.

Diabetes Mellitus Jenis II


Setiap makanan yang kita makan (cth. nasi, mee, buah-buahan) akan ditukarkan kepada gula untuk berikan tenaga untuk sel badan berfungsi dengan sebaiknya.

Dalam keadaan normal, apabila makanan masuk ke dalam badan, ianya akan ditukarkan kepada gula. Organ pankreas akan menghasilkan insulin yang membantu gula dalam darah diserap ke dalam sel atau tisu badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanya kandungan gula di dalam darah adalah rendah.

DN umpamakan macam ni supaya lebih mudah untuk faham. Setiap sel dalam badan kita mempunyai pagar masing-masing. Insulin pula bertindak sebagai kunci untuk membuka pintu pagar tersebut bagi membenarkan gula masuk ke dalam sel ataupun tisu berkenaan.

Bagi pengidap kencing manis pula, gula yang diperoleh daripada makanan tadi tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh tisu-tisu badan untuk ditukarkan kepada tenaga.

Situasi ini berlaku di mana insulin yang dihasilkan oleh sel-sel pankreas tadi tidak dapat membuka 'pintu pagar' sel-sel berkaitan. Akibatnya gula tidak dapat diserap ke dalam tisu badan. Keadaan ini dinamakan sebagai rintangan insulin (insulin resistance). 

Lama-kelamaan gula akan berkumpul di dalam salur darah dan meningkatkan tahap bacaan gula dalam darah (Chronic Hiperglysemia State). Kandungan gula yang terlalu banyak di dalam darah inilah yang menyebabkan seseorang tu mendapat penyakit kencing manis.


4- Siapakah yang berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis?

DN bahagikan kepada dua (2) iaitu risiko tidak boleh diubah dan risiko boleh diubah.
Risiko tidak boleh diubah - genetik (bagi pesakit Diabetes Mellitus Type I)
Risiko boleh diubah - obesiti, gaya hidup sedentari, serta amalan pemakanan yang tidak sihat (makanan tinggi kolesterol dan lemak) boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis).
Hasil bacaan DN, PENUAAN juga boleh menyebabkan pengumpulan protein AGE yang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kencing manis.
Protein AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan bertindak balas dengan protein di dalam badan.

5- Siapakah yang perlu membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit kencing manis?

SEMUA ORANG (termasuklah DN dan mereka yang mengamalkan suplemen Shaklee). 

Pemeriksaan perlu dibuat bermula pada usia 18 tahun, sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat bacaan gula di dalam darah.


6- Apakah tanda-tanda awal penyakit kencing manis?
- Berat badan turun dengan mendadak
- Cepat letih
- Kerap membuang air kecil pada waktu malam
- Kerap berasa haus
- Sentiasa lapar
- Luka
Tanda-tanda Kencing Manis
Tanda-tanda Awal Kencing Manis

Sekiranya ada pembaca yang ada mengalami simptom-simptom di atas, DN cadangkan cepat-cepatlah rujuk kepada doktor di klinik kesihatan berhampiran.


7- Apakah komplikasi penyakit kencing manis?

Bila dah kena penyakit kencing manis ni, apa yang membimbangkan adalah komplikasinya yang boleh menyebabkan kegagalan banyak organ-organ dalam badan.

Sebab itulah, DN sangat tekankan tentang kepentingan untuk kawal pengambilan gula, terutamanya bagi pesakit kencing manis. Sekiranya kandungan gula dalam badan tidak dikawal, maka akan mengakibatkan komplikasi seperti berikut:
- kerosakan saraf dan salur darah
- dua hingga empat kali lebih berisiko untuk mengidap penyakit jantung
- buta
- kegagalan fungsi buah pinggang
- kaki diabetik (masalah kaki)
- mati pucuk (bagi lelaki)
- strok
- amputasi (potong bahagian badan)

Komplikasi Kencing Manis
Komplikasi Kencing Manis
Di Malaysia, kencing manis merupakan punca utama kegagalan buah pinggang kronik sehingga memerlukan rawatan dialisis.


8- Bagaimana cara untuk mencegah daripada mendapat penyakit kencing manis?

Seperti yang DN tulis di atas tadi, Diabetes Mellitus Type II bukanlah disebabkan oleh penghasilan insulin yang kurang. Insulin masih dihasilkan oleh sel-sel pankreas tetapi sel-sel badan kita tidak dapat mengenal pasti insulin tersebut sehingga menyebabkan gula tidak dapat diserap ke dalam sel-sel badan secara berkesan = RINTANGAN INSULIN.

Jadi bagaimana caranya untuk mencegah rintangan insulin?

Elakkan perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya rintangan insulin. Ada tiga (3) faktor yang menyebabkan berlakunya rintangan insulin:
OBESITI
→ maka kurangkanlah berat badan

KURANG BERSENAM
→ maka lakukanlah aktiviti fizikal 30 minit 5 kali seminggu

PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
maka mulalah menjaga pemakanan dan makanlah suplemen kesihatan
Baru DN tahu yang ubat kencing manis yang ada sekarang sebenarnya tidak dapat mengurangkan masalah rintangan insulin. Ubat tersebut berfungsi untuk membantu menarik gula ke dalam sel serta membantu dalam memproses penukaran gula kepada tenaga.

Jadi cara terbaik untuk kurangkan rintangan insulin adalah kurangkan berat badan bagi yang obesiti, selalu bersenam dan jaga pemakanan.

Semua orang mempunyai peranan dalam menangani isu kencing manis di Malaysia

9- Bagaimana caranya untuk mengawal kencing manis?

Satu-satunya cara untuk kawal kencing manis adalah dengan mengawal tahap gula di dalam darah:
- Makan pada masa yang tetap
- Kawal pengambilan karbohidrat kompleks (cth. bijirin, keledek)
- Pilih makanan yang rendah Indeks Glisemik (GI)
- Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (cth. kek, gula putih, biskut)
- Makan makanan yang tinggi serat
- Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak
Cara Mengawal Kencing Manis
Cara Mengawal Kencing Manis

10- Apakah suplemen yang bersesuaian untuk penyakit kencing manis?

Nutrisi turut memainkan peranan yang sangat penting bagi pengidap kencing manis. Selain jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang aktif, suplemen juga sangat membantu dalam mengawal kencing manis.

Set Kawalan Gula Shaklee
Set Kawalan Gula Shaklee khusus bagi pengidap kencing manis
DN akan kongsikan fungsi setiap vitamin ni dalam entry yang akan datang. Jadi, stay tuned! (Updated - Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis)


Notakaki : Maaf sebab terlalu panjang, tapi percayalah ianya sangat berbaloi untuk ilmu kesihatan kita semua.

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment