Minum air kosong pun boleh kurus?



Assalamualaikum w.b.t

“Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2011, mendapati 15% daripada penduduk Malaysia menghadapi masalah obesiti, manakala 25% menghadapi masalah berat badan berlebihan.”

Sacary tak baca fakta di atas? Jangan rasa 15% tu sikit. Kalau kita tak jaga pemakanan, tak mustahil angka tu akan meningkat saban tahun. Jadi tak hairanlah kalau sekarang ni pelbagai produk kuruskan badan melambak di pasaran. Ada permintaan, adalah produknya. Shaklee juga ada menyediakan suplemen yang berkaitan untuk kurangkan masalah berat badan. Anda juga boleh cuba tau!

Bagi kita yang dah cuba pelbagai produk dan jugak dah buntu fikirkan cara terbaik untuk turunkan berat badan, apa kata kita cuba gunakan cara yang mudah dan murah pulak. Cek balik adakah kita minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari? Air kosong tau! Bukan air manis. Kenapa air kosong?

1) Salah satu fungsi air adalah untuk bantu proses metabolisma badan, iaitu dengan ubah makanan menjadi kuasa.

2) Air juga punya peranan sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisma. Jika bila kita tidak cukup minum air, tubuh kita tak dapat membakar kalori dengan baik.

3) Kalau bekalan air kurang daripada 2 liter sehari, proses untuk turunan berat badan boleh menjadi lambat. Sebabnya, lebih kurang dua liter air ni lah yang akan digunakan untuk bantu fungsi tubuh sehari-sehari. Jadi, bila kita berdiet dan berat badan masih tak turun, mungkin ini disebabkan kita tak cukup minum air.

4) Air juga penting bagi proses pencernaan. Bila kurang air, ianya akan ganggu proses pencernaan. Ini kerana tubuh tak dapat nak serap nutrien daripada makanan, sebaliknya tubuh akan kirimkan isyarat yang menandakan tubuh kekurangan bahan mineral yang diperlukan. Kesannya kita akan terasa lapar.


Cerita dia macam ni. Bila tubuh dalam keadaan dehidrasi, badan akan kirim isyarat dengan bertindak balas pada makanan. Jadi dengan minum air, bukan sahaja dapat mengekang rasa lapar tapi juga membuatkan kita terasa kenyang. Pernah dengar tak selera makan bertambah selepas makan suplemen? Konsepnya sama seperti ni.


5) Salah satu cara untuk kurangkan berat badan adalah dengan bersenam. Semasa bersenam, metabolisma badan akan meningkat. Tahu tak, sebenarnya airlah yang berperanan memaksimumkan  metabolisma badan kita. Sebab tu, adalah sangat  disarankan untuk minum air semasa dan juga selepas bersenam.


The British Dietetic Association menyarankan orang dewasa minum 2.5 liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cairan tubuh yang mencukupi sehari-hari. Jika kita sedang menjalani program diet, tambahan sebanyak 750ml air adalah digalakkan.


Untuk membiasakan diri kita untuk minum air dalam jumlah yang disarankan, kita boleh mulakan dengan sentiasa pastikan air minuman sentiasa ada. Bawalah ke mana sahaja kita pergi. Minum air setiap kali rasa dahaga, lepas bangun pagi, sebelum makan ataupun selepas bersenam atau berolahraga.


Saya sendiri ada 3 botol minuman. (2x botol 1 liter dan 1x botol 700ml). 1 botol saya letak di ofis, 1 botol saya letak di bilik di rumah, dan satu botol lagi untuk kegunaan bila keluar ke mana2 sahaja. Hasilnya? Minum air at least 2 liter sehari bukan lagi masalah buat saya.  Kadang-kadang tak rasa dahaga pun, tapi bila nampak air terus terasa nak minum.. :) Mungkin korang pun boleh cuba jugak!

Semoga entry ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment