5 strategi untuk menggalakkan tabiat pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak.

Assalamualaikum w.b.t
Hai.. apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah.. :) Masih bercerita tentang pemakanan tapi kali ni more to cara mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat. Orang tua-tua kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, sementara anak-anak ni masih suci hatinya, time ni lah kita nak ajar die perkara2 kebaikan dan elakkan dari tunjukkan | berkata perkara2 negatif. Dan ini termasuklah gaya pemakanan yang sihat.

Di sini saya kongsikan 5 strategi untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat di kalangan kanak-kanak.

Strategi ① - Kerap makan bersama anak-anak (breakkfast | lunch | dinner)

Semasa makan, kenalkan anak-anak anda akan jenis-jenis makanan yang dihidangkan serta fungsi secara umum. Kenapa mereka perlu makan ikan? Kenapa kena makan sayuran | buah-buahan? Terangkan secara general and dalam bahasa yang mereka mudah faham.  Dengan cara ini, mereka akan lebih cenderung untuk makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Lagi satu, pastikan juga agar waktu makan anda sekeluarga adalah tenang dan ceria (tanpa ada pertengkaran | bebelan). Ini penting untuk terus merangsang keinginan anak-anak untuk menikmati makanan mereka.


Strategi ② - Sediakan stok makanan yang sihat di rumah

Kanak-kanak ni, biasanya akan makan apa yang ada kat rumah. Tak kisahlah snek ke, buah2an ataupun corn flakes. Apa saja yang ada kat rumah. Jadi adalah penting untuk ibu bapa kawal bekalan | stok makanan dan tentukan bila sepatutnya makanan tersebut dimakan. Ibu bapa juga mainkan peranan dalam membuat keputusan masa membeli-belah di supermarket. Berikut adalah beberapa garis panduan asas untuk penyediaan stok makanan:
  • Memperkenalkan bijirin seperti barli, beras perang, oat, dan wholemeal bread sebagai sebahagian daripada diet anak anda
  • Hidangkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap kali waktu makan. Bertujuan untuk 5 hidangan sehari
  • Sebaik-baiknya dapatkan sumber protein yang baik: daging tanpa lemak, ayam, ikan, makanan laut, telur, susu, yogurt, keju, kacang, kacang, tauhu, susu soya, dan kacang
  • Kanak-kanak perlukan lemak untuk perkembangan yang sihat. Pastikan bahawa mereka mendapat lemak daripada sumber-sumber yang sihat, seperti minyak sayuran tulen, marjerin diperbuat daripada sayur-sayuran minyak tulen, ikan berlemak seperti salmon dan sardin. Hadkan makanan goreng, lemak haiwan dan kulit, dan minyak hidrogenasi (boleh dikenal pasti daripada produk senarai bahan)
  • Elakkan makanan yang diproses seperti hot dog, makanan dalam tin, makanan segera, minuman dan gula-gula dengan warna, dan lain-lain  
  • Hadkan makanan ringan - ini kerana kebanyakan junk food adalah tinggi lemak dan gula tetapi rendah dalam nutrien, seperti kek, biskut, kentang goreng, coklat susu, makanan bergoreng, makanan segera, minuman manis, dan lain-lain.


Strategi ③ - Jadilah role model kepada anak anda

Cara terbaik untuk anda galakkan pemakanan sihat adalah dengan tunjukkan kepada mereka. Apa yang anda makan, itulah apa yang merka akan makan. Kanak-kanak ni cenderung untuk ikut  jejak orang dewasa yang mereka lihat setiap hari, lebih-lebih lagi ibu bapa mereka.

Anda juga perlu tunjukkan pendekatan yang positif tentang makanan. Ibu bapa yang sentiasa berdiet dan mengadu tentang tubuh boleh memupuk perasaan negatif di dalam kanak-kanak.


Strategi ④ - Jangan bergaduh dengan anak anda tentang makanan yang dihidangkan

Pernah tak berdepan dengan situasi ni? Biasa terjadi kalau anak tak nak makan apa yang diberi, lebih-lebih lagi, kalau dia seorang picky eater. Memang jenuh kan nak suruh dia makan? Apa kata, anda biarkan je dia pilih apa yang dia nak makan. Tapi hanya jika anda mengikuti Strategi 2 dan yang berikut:
  • Wujudkan jadual makan (termasuk makanan ringan). Elakkan mereka makan di depan TV dan komputer. Ini akan membuatkan mereka ralit menonton sambil mengunyah.
  • Jangan berputus asa jika anak-anak anda enggan mencuba makanan baru. Teruskan offer anak-anak sekali atau dua kali seminggu. Biasanya mereka akan mencuba selepas ditawarkan 10 - 15 kali.
  • Elakkan dari reward anak anda dengan makanan. Contohnya, jangan jadikan ais krim sebagai hadiah apabila mereka makan sayur-sayuran. Juga, jangan jadikan makanan sebagai satu cara untuk tunjukkan kasih sayang. Sebaliknya, berikan pelukan pujian dan juga perhatian kepada mereka.

Strategi ⑤ - Libatkan anak-anak

Berbincang dengan anak-anak anda tentang membuat pilihan dan perancangan hidangan yang seimbang. Dapatkan mereka berfikir tentang apa yang mereka makan boleh membantu mereka membuat perubahan positif.

Libatkan anak-anak dalam buat meal plan untuk mereka. Starting dengan membeli-belah bahan-bahan. Di kedai, ajar mereka untuk semak label makanan dan buat pilihan yang sihat dan tepat.

Di dapur pula, beri tugas yang sesuai supaya mereka sendiri tahu apa yang bakal mereka makan. Dengan cara ini, mereka akan lebih teruja untuk mencuba makanan yang dibuatnya sendiri.

Sekian.

2 comments:

  1. anak saya dah setaun 10 bulan tapi sangat susah nk makan..huhuhu..badan pun kecik je tapi sangat la aktif tak terkata, die masih bf dan ade jugak minum susu lain tpi lebih suke bf..kdg2 xnak lgsung susu fm kdg2 nk tapi makan susah betol..ade petua x? hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Mama Salwa.. :)

    Kalau berat badan dia normal, it's ok. Should be no prob.. Tapi kalau berlaku penurunan berat badan yang mendadak, better jumpe doctor dlu.

    Petua? Apa yg saya buat kt rumah, bila waktu makan, semua berkumpul sama2 termasuk anak kecik. Makan sama2 and wujudkan suasana ceria utk makan. So that, budak2 ni akan rasa seronok utk makan.. Then tiap kali nak makan buah, mmg akan offer diorang. Mula2 mmg xnak, lama2 nt die sndri yg akn cari buah tu.. hehe

    ReplyDelete