Harga Set Kawalan Gula Bagi Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Bila dah ambil tahu dan kenal diabetes @ kencing manis, maka pertama yang mesti dilakukan adalah berusaha untuk mengurangkan risiko-risiko mendapat penyakit berkenaan. DN berpegang pada tiga (3) prinsip utama ini untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
(1) Jaga pemakanan
(2) Aktif diri
(3) Minum air suam yang mencukupi dalam sehari
Bila jaga ketiga-tiga perkara ini, in shaa Allah akan dapat kurangkan risiko obesiti yang menjadi punca utama kebanyakan penyakit kronik.

Selain itu, tentulah DN amalkan suplemen Shaklee. Bagi pesakit kencing manis, DN ada cadangkan lapan (8) suplemen terbaik untuk pesakit kencing manis.

Suplemen Terbaik Untuk Kencing Manis
Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis
DN senaraikan dahulu harga setiap satu vitamin yang terdapat di dalam SET OPTIMUM KAWALAN GULA:
VIVIX - RM503.50  (150ml)

ESP Soy Protein Isolate Powder - RM159.00 (850g)

GLA Complex - RM96.73 (60 softgel) 

Sustained Release Vita-C Plus - RM98.05 (180 tablets)

Omega Guard - RM144.16 (90 capsules)

Vita-Lea Iron Formula - RM94.08 (120 tablets)

B-complex - RM53.75 (120 tablets)

NutriFeron - RM192.13 (30 x 1.2g)
Pembelian SET OPTIMUM KAWALAN GULA bagi pesakit kencing manis melayakkan untuk dapat kelebihan berikut:
1-- KEAHLIAN PERCUMA (berharga RM68.90)
2-- CASH BACK / BONUS (~RM80.00)
3-- KOS PENGHANTARAN PERCUMA (RM10.60 SM / RM21.20 SS)
4-- DISKAUN TAMBAHAN SEBANYAK 25%

---------------xxx---------------
 

Bagaimanapun, DN faham pengidap penyakit kencing manis ini juga kadang-kadang mengidap penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kolesterol tinggi. Akibatnya, mereka perlu mengambil berjenis-jenis ubat dalam sehari. Jadi, kebarangkalian untuk mereka mengambil suplemen secara konsisten adalah sangat rendah.

Suplemen alternatif selain SET OPTIMUM KAWALAN GULA adalah VIVIX!

Iya, hanya VIVIX! Ini kerana VIVIX mempunyai banyak manfaat dalam mengurangkan masalah gula tinggi dalam darah pesakit kencing manis.
1x VIVIX = RM503.50

Pembelian 2x VIVIX, diskaun sebanyak 20% diberikan!

Pembelian 2 botol VIVIX melayakkan untuk dapat kelebihan berikut:
1-- KEAHLIAN PERCUMA (berharga RM68.90)
2-- CASH BACK / BONUS (~RM37.00)
3-- KOS PENGHANTARAN PERCUMA (RM10.60 SM / RM21.20 SS)
4-- DISKAUN SEBANYAK 20%
---------------xxx---------------


Bagi pesakit diabetik neuropati pula, tentunya memerlukan suplemen yang boleh melegakan keba-kebas dan rasa sakit menyucuk pada hujung jari kaki dan tangan. Maka DN akan cadangkan B-complex dan GLA complex khusus untuk melegakan gejala-gejala tersebut.

Suplemen Untuk Kencing Manis
Khusus untuk melegakan kebas-kebas pada tangan dan kaki

B-complex - RM53.75 (120 tablets)

 GLA Complex - RM96.73 (60 softgel) 

**Harga yang tertera TIDAK TERMASUK caj penghantaran.

---------------xxx---------------

Sekiranya pembaca memerlukan maklumat lebih lanjut, boleh terus hubungi DN ya. In shaa Allah DN pasti akan membantu :)

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

Vivix Bantu Kurangkan Masalah Gula Tinggi Dalam Darah Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Sakit kencing manis bukanlah isu baru di Malaysia. Statistik menunjukkan bilangan pengidap kencing manis telah meningkat sebanyak 40% dalam tempoh sepuluh (10) tahun.


Sebab itulah DN sangat berharap agar semua dapat mengambil tahu tentang diabetes @ kencing manis dan berusaha bersama-sama untuk mencegah atau mengawal penyakit tersebut. Salah satu cara adalah dengan menjaga pemakanan termasuklah mengamalkan suplemen kesihatan.

DN faham pengidap penyakit kencing manis ini juga kadang-kadang mengidap penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kolesterol tinggi. Akibatnya, mereka perlu mengambil berjenis-jenis ubat dalam sehari.

Dan bila ditambah dengan lapan (8) jenis suplemen terbaik untuk pesakit kencing manis, pasti mereka akan berasa sedikit terbeban. Akhirnya, kebarangkalian untuk mereka ambil suplemen secara konsisten adalah sangat rendah.

Jadi, untuk pesakit kencing manis yang tak nak ambil suplemen banyak-banyak, DN cadangkan untuk mula mengamalkan VIVIX, satu-satunya tonik kesihatan yang mampu bertindak sehingga ke peringkat sel.

Benarkah VIVIX membantu mengawal gula pesakit kencing manis? DN senaraikan empat (4) cara VIVIX bantu kurangkan masalah gula tinggi dalam darah pesakit kencing manis:

1-- VIVIX melambatkan pembentukan protein AGE

Proses penuaan turut meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis. Kajian menunjukkan mereka yang berusia 30 tahun ke atas adalah lebih berisiko.
PENUAAN boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan protein AGE yang mengakibatkan berlakunya komplikasi kencing manis.
Protein AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan bertindak balas dengan protein di dalam badan.
Terdapat empat (4) mekanisma utama tindakan VIVIX yang memberikan kesan positif ke atas memperlahankan penuaan sel.
(1) Melindungi dan memperbaiki DNA
(2) Pengawalan genetik yang membantu melambatkan penuaan sel
(3) Menggalakkan biogenesis mitokondria bagi tingkatkan tenaga di dalam sel
(4) Melambatkan pembentukan protein AGE 

2-- VIVIX mengurangkan risiko komplikasi kencing manis

Ada beberapa kajian yang DN baca menunjukkan bahawa penyakit kencing manis menyebabkan berlakunya peningkatan pembentukan radikal bebas dan penurunan aktiviti antioksidan di dalam tubuh.

Kesannya boleh membawa kepada kerosakan sel dan seterusnya membawa kepada komplikasi kencing manis yang serius. Antara komplikasi kencing manis termasuklah kerosakan saraf dan buta.

Ramuan VIVIX yang diformulasi daripada empat (4) bahan utama Polygonum cuspisdatum, aggur Muscadine, European Elderberry dan lobak ungu mengandungi 15 polifenol dan resveratrol.
Polyphenols and resveratrol are plant-derived compounds with antioxidant and cellular aging benefits.
Musuh utama radikal bebas adalah ANTIOKSIDAN. Semakin banyak antioksidan di dalam badan, maka semakin banyak radikal bebas dapat dineutralkan kembali.
VIVIX merupakan tonik yang sangat kaya dengan antioksidan dan dapat membantu melindungi organ badan dari rosak akibat.
VIVIX juga membantu membaiki sel-sel yang mula rosak akibat pengumpulan gula yang terlalu tinggi di dalam darah.


3-- VIVIX meningkatkan kawalan gula (glukosa) di dalam darah

Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi (cth. nasi, mee, ubi keledek) akan menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat.

Polifenol yang terkandung di dalam VIVIX (anggur muscadine) membantu melambatkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah. Ini dapat mengurangkan pengumpulan gula yang tinggi dan seterusnya mengurangkan tahap gula di dalam darah.

Selain itu, DN juga cadangkan supaya pesakit diabetes mula mengambil makanan yang berindeks glisemik yang rendah bagi memperlahankan pelepasan gula ke dalam salur darah.
Indeks glisemik bagi karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi, manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem badan secara perlahan.

4-- VIVIX meningkatkan sensitiviti insulin (mengurangkan rintangan insulin)

Terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa resveratrol dapat mengurangkan glukosa dalam darah. Terdapat tiga (3) faktor utama yang menyebabkan berlakunya rintangan insulin.
(a) Obesiti
(b) Gaya hidup sedentari (tidak aktif)
(c) Pemakanan yang tidak seimbang
Resveratrol dalam VIVIX dapat mengurangkan rintangan insulin dengan cara menurunkan berat badan melalui tindakan-tindakan berikut:
(a) Mengurangkan pengumpulan lemak dan menghalang sistesis lemak di dakam badan.

(b)  Meningkatkan pengoksidaan asid lemak. Ini boleh membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

(c) Meningkatkan keupayaan otot untuk menyerap gula dan mengelakkan lebihan gula disimpan dalam lapisan lemak.

(d) Membantu mencegah pembentukan tisu adipose dan mengurangkan simpanan lemak di dalam badan.

(e) Meningkatkan keupayaan otot untuk berkerja dengan lebih kuat semasa bersenam jika dibandingkan dengan mereka yang tidak dibekalkan dengan resveratrol
Ada juga pengguna tegar VIVIX yang memberi maklum balas berasa kenyang dan kurangkan rasa makan makanan yang manis-manis selepas mengamalkan VIVIX.

---------------xxxxxxxxx---------------

DN senaraikan dahulu empat (4) cara VIVIX bantu kurangkan masalah gula tinggi dalam darah pesakit kencing manis. Bila DN dah selesai membaca dan memahami mekanisma tindakan VIVIX vs KENCING MANIS yang lain, DN akan kongsikan lagi dengan pembaca semua.  In shaa Allah.

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum bercerita lebih lanjut, DN nak buat disclaimer dulu.
Vitamin-vitamin yang dicadangkan di sini adalah suplemen, bukannya ubat. Ia tidak bertujuan menggantikan ubat untuk merawat atau menyembuhkan penyakit-penyakit kronik.
Dalam entry yang lepas, DN dah bercerita secara umum tentang penyakit diabetes @ kencing manis.

Jadi kali ini, DN nak terus cadangkan suplemen terbaik untuk pesakit kencing manis.

Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis
Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis
Dalam gambar di atas, terdapat lapan (8) jenis suplemen yang sangat membantu dalam mengawal penyakit kencing manis.
  • Vivix
  • ESP - Soy Protein Isolate Powder
  • GLA complex
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • Omega Guard
  • Vitalea
  • B-complex
  • Nutriferon
DN senaraikan pula fungsi setiap satu daripadanya supaya pembaca lebih memahami kepentingannya.

1-- VIVIX

VIVIX merupakan tonik cecair yang kaya dengan resveratrol dan polifenol. Kandungan antioksidannya adalah sangat tinggi sehingga mampu memperlahankan proses penuaan sel.

Sebelum ni, DN ada nyatakan bahawa salah satu punca kencing manis adalah disebabkan oleh proses penuaan.
PENUAAN boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan protein AGE yang mengakibatkan berlakunya komplikasi kencing manis.
Protein AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan bertindak balas dengan protein di dalam badan.
Salah satu mekanisme tindakan VIVIX adalah dengan menghalang pembentukan protein AGE.


2-- ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP sememangnya merupakan sumber protein terbaik buat pengidap kencing manis.

Salah satu kebaikan protein soya adalah mempunyai indeks glisemik yang rendah. Dengan mengamalkan pemakanan yang indeks glisemiknya rendah, maka tahap gula yang sihat di dalam darah dapat dikawal.
Indeks glisemik bagi karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi, manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem badan secara perlahan.
Soya juga adalah hormon tumbuhan di mana ianya dapat membantu menggalakkan lagi penghasilan hormon insulin.
Insulin adalah salah satu hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula (glukosa) di dalam tubuh.
Bagi DN, ESP adalah suplemen wajib bagi pesakit kencing manis. NO EXCUSES!


3--  GLA Complex

GLA complex mengandungi asid lemak omega-6 yang bertindak sebagai anti-radang di mana ianya dapat membantu mengurangkan simptom kesakitan saraf yang dialami oleh pesakit kencing manis.

DN sangat galakkan pesakit kencing manis untuk amalkan GLA Complex dan B-complex bagi mengurangkan rasa kebas-kebas dan sakit saraf yang dialami oleh pesakit diabetik neuropati.


4-- Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C juga sangat penting bagi pesakit kencing manis;

➮ Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan jangkitan.

Luka yang dialami oleh pesakit kencing manis selalunya lambat sembuh. Ini disebabkan oleh kandungan gula yang berlebihan dalam darah menjadi tarikan bakteria.

➮ Vitamin C mencegah gula di dalam sel daripada bertukar kepada sorbitol. 
Sorbitol, less commonly known as glucitol, is a sugar alcohol with a sweet taste which the human body metabolizes slowly.
Sorbitol dapat meningkatkan risiko komplikasi kencing manis seperti kerosakan mata (penghasilan katarak, retinopati dan neuropati), kegagalan buah pinggang dan kerosakan saraf.

➮ Vitamin C membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan 'kekakuan' arteri bagi pesakit kencing manis (vitamin C menguatkan dinding arteri).

DN nak kongsikan satu (1) tips pemilihan suplemen vitamin C dengan pembaca;
Pastikan pilih vitamin C yang ada fungsi Sustained Release. Maksudnya, bila kita telan, vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Makanya badan kita akan kekal ada vitamin C selama 5 jam.

5--  Omega Guard

Jangan pelik kenapa pesakit kencing manis juga memerlukan Omega Guard. DN akan terangkan kaitannya.

Ianya bermula dengan amalan pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat obesiti. Bila obes, maka risiko untuk dapat penyakit kencing manis juga akan meningkat kerana potensi untuk berlakunya rintangan insulin adalah besar.

Omega Guard mengandungi omega-3 yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL) dan menurunkan tahap kolesterol jahat (LDL) di dalam darah.

Makanya, Omega Guard membantu menurunkan risiko kencing manis dan juga penyakit kardiovaskular. 

Nota : Walaupun Omega Guard juga merupakan agen anti-inflamasi, tetapi GLA Complex adalah lebih bagus dalam mengurangkan simptom-simptom kebas dan menghalang kerosakan saraf (oleh kandungan gula dalam darah) bagi pesakit diabetik neuropati.

Bagaimanapun, pengambilan kedua-duanya adalah lebih baik kerana badan kita sememangnya memerlukan omega-6 dan omega-3 supaya balance.


6-- Vitalea (multivitmain dan multimineral)

DN suka untuk cadangkan Vitalea kerana kebiasaannya pesakit kencing manis perlu mengawal pemakanan mereka (berpantang makan) dan ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan nutrisi dalam badan.
Pengambilan suplemen multivitamin dan multimineral dapat menampung kekurangan nutrisi buat pesakit kencing manis.
Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral, termasuklah beberapa mineral yang sangat diperlukan oleh pesakit kencing manis.
➥ Kromium
Kekurangan kromium adalah perkara biasa dalam kalangan pesakit kencing manis (jenis II) dan ini menyebabkan penyerapan gula (glukosa) ke dalam sel menjadi kurang cekap.
Chromium is a mineral that helps insulin work effectively, to keep your blood sugar at healthy level.
➥ Zink
Zink adalah nutrien yang penting untuk penyembuhan luka terutamanya buat pesakit kencing manis yang mengalami ulser atau amputasi. 
Kandungan mineral yang tinggi juga dapat membantu untuk proses detoksifikasi di dalam badan.


7-- B-complex

Dalam entry Kenali Diabetes @ Kencing Manis, DN ada nyatakan yang salah satu komplikasi kencing manis adalah berlakunya kerosakan saraf.  

Vitamin B6 dan B12 berfungsi untuk menyokong kesihatan saraf bagi pesakit diabetik neuropati. Kedua-duanya sangat membantu mengurangkan rasa kebas-kebas ataupun rasa tajam menyucuk pada hujung jari kaki dan tangan.

Istimewanya B-Complex Shaklee adalah kerana ianya mengandungi vitamin B yang lengkap - B1, B2, B3, B6, B12, biotin, pantothenic acid, dan asid folik.


8-- NutriFeron

Kandungan gula yang tinggi boleh mengganggu keberkesanan sistem imun badan. Akibatnya, pesakit kencing manis mudah mengalami infeksi lebih kerap berbanding mereka yang normal.

NutriFeron telah dikaji secara saintifik dapat menguatkan sistem imun badan. NutriFeron meningkatkan penghasilan interferon badan di mana ianya merupakan penggalak kepada sistem imun.

➧ Dengan ini lengkaplah senarai DN untuk Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis. 

DN nak ingatkan juga selain suplemen, pastikan pembaca amalkan 4 langkah utama untuk mengawal kencing manis:
1- Makan dengan sihat dalam jumlah yang terkawal
2- Aktifkan diri untuk tingkatkan sensitiviti insulin
3- Makan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor
4- Awasi kadar gula setiap hari
Sekiranya pembaca ada sebarang persoalan boleh hubungi DN. In sha Allah DN akan bantu mana yang mampu.

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

Kenali Diabetes @ Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini DN nak ambil sedikit masa untuk bercerita tentang DIABETES ataupun PENYAKIT KENCING MANIS dengan semua pembaca setia Blog Saya Sihat.

Samada kita sedar ataupun tidak, bilangan pengidap penyakit kencing manis adalah meningkat setiap tahun, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, dan angka ini sememangnya amat membimbangkan.

DN kongsikan statistik pengidap kencing manis di Malaysia pada tahun 2013.
Sebanyak 3.6 juta rakyat Malaysia adalah pengidap kencing manis.
1 daripada 5 orang rakyat Malaysia (dewasa) adalah pengidap kencing manis.
Rasanya kan, pada tahun ini (2017), bilangan pengidap kencing manis di negara kita ni semakin naik ke semakin turun?
Inilah antara penyebab utama kenapa DN sangat berharap agar kita semua ambil tahu tentang isu kesihatan diri sendiri. Jika dilihat dari luaran, mungkin nampak sihat sejahtera, tapi dalaman kita belum tentu sihat. Kalau tak percaya, cuba baca statistik ni.
52% rakyat Malaysia berumur melebihi 18 tahun ke atas tidak menyedari bahawa mereka pengidap kencing manis.
Ini bermakna kita semua termasuk DN sendiri, mungkin salah seorang yang berisiko untuk terkena penyakit kencing manis. Ngeri pula bila memikirkannya!

1- Apakah itu Diabetes @ Kencing Manis?

Diabetes @ Kencing Manis merupakan satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi daripada normal.
Diabetes berlaku apabila organ pankreas tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan. Makanan yang dimakan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan membantu gula dalam darah masuk ke dalam sel atau tisu badan untuk membekalkan tenaga.

2- Apakah itu Insulin?

Insulin merupakan salah satu hormon di dalam tubuh manusia yang dihasilkan oleh sel beta pulau langerhans yang berada di dalam kelenjar pankreas. 

Insulin disebut juga sebagai protein yang berfungsi untuk mengawal kadar gula (glukosa) di dalam tubuh. 

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh memasuki sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.


3- Jenis-Jenis Diabetes
Jenis 1 - Diabetes Mellitus Type I (bergantung kepada insulin)
Jenis 2 - Diabetes Mellitus Type II (tidak bergantung kepada insulin)
Diabetes Gestasi (berlaku kepada wanita yang sedang hamil)
Kencing Manis Jenis I dan II
Perbandingan Secara Ringkas Jenis-Jenis Diabetes Mellitus
 Dalam entry ini, DN hanya fokus pada Diabetes Mellitus Type II sahaja.

Diabetes Mellitus Jenis II


Setiap makanan yang kita makan (cth. nasi, mee, buah-buahan) akan ditukarkan kepada gula untuk berikan tenaga untuk sel badan berfungsi dengan sebaiknya.

Dalam keadaan normal, apabila makanan masuk ke dalam badan, ianya akan ditukarkan kepada gula. Organ pankreas akan menghasilkan insulin yang membantu gula dalam darah diserap ke dalam sel atau tisu badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanya kandungan gula di dalam darah adalah rendah.

DN umpamakan macam ni supaya lebih mudah untuk faham. Setiap sel dalam badan kita mempunyai pagar masing-masing. Insulin pula bertindak sebagai kunci untuk membuka pintu pagar tersebut bagi membenarkan gula masuk ke dalam sel ataupun tisu berkenaan.

Bagi pengidap kencing manis pula, gula yang diperoleh daripada makanan tadi tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh tisu-tisu badan untuk ditukarkan kepada tenaga.

Situasi ini berlaku di mana insulin yang dihasilkan oleh sel-sel pankreas tadi tidak dapat membuka 'pintu pagar' sel-sel berkaitan. Akibatnya gula tidak dapat diserap ke dalam tisu badan. Keadaan ini dinamakan sebagai rintangan insulin (insulin resistance). 

Lama-kelamaan gula akan berkumpul di dalam salur darah dan meningkatkan tahap bacaan gula dalam darah (Chronic Hiperglysemia State). Kandungan gula yang terlalu banyak di dalam darah inilah yang menyebabkan seseorang tu mendapat penyakit kencing manis.


4- Siapakah yang berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis?

DN bahagikan kepada dua (2) iaitu risiko tidak boleh diubah dan risiko boleh diubah.
Risiko tidak boleh diubah - genetik (bagi pesakit Diabetes Mellitus Type I)
Risiko boleh diubah - obesiti, gaya hidup sedentari, serta amalan pemakanan yang tidak sihat (makanan tinggi kolesterol dan lemak) boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis).
Hasil bacaan DN, PENUAAN juga boleh menyebabkan pengumpulan protein AGE yang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kencing manis.
Protein AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan bertindak balas dengan protein di dalam badan.

5- Siapakah yang perlu membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit kencing manis?

SEMUA ORANG (termasuklah DN dan mereka yang mengamalkan suplemen Shaklee). 

Pemeriksaan perlu dibuat bermula pada usia 18 tahun, sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat bacaan gula di dalam darah.


6- Apakah tanda-tanda awal penyakit kencing manis?
- Berat badan turun dengan mendadak
- Cepat letih
- Kerap membuang air kecil pada waktu malam
- Kerap berasa haus
- Sentiasa lapar
- Luka
Tanda-tanda Kencing Manis
Tanda-tanda Awal Kencing Manis

Sekiranya ada pembaca yang ada mengalami simptom-simptom di atas, DN cadangkan cepat-cepatlah rujuk kepada doktor di klinik kesihatan berhampiran.


7- Apakah komplikasi penyakit kencing manis?

Bila dah kena penyakit kencing manis ni, apa yang membimbangkan adalah komplikasinya yang boleh menyebabkan kegagalan banyak organ-organ dalam badan.

Sebab itulah, DN sangat tekankan tentang kepentingan untuk kawal pengambilan gula, terutamanya bagi pesakit kencing manis. Sekiranya kandungan gula dalam badan tidak dikawal, maka akan mengakibatkan komplikasi seperti berikut:
- kerosakan saraf dan salur darah
- dua hingga empat kali lebih berisiko untuk mengidap penyakit jantung
- buta
- kegagalan fungsi buah pinggang
- kaki diabetik (masalah kaki)
- mati pucuk (bagi lelaki)
- strok
- amputasi (potong bahagian badan)

Komplikasi Kencing Manis
Komplikasi Kencing Manis
Di Malaysia, kencing manis merupakan punca utama kegagalan buah pinggang kronik sehingga memerlukan rawatan dialisis.


8- Bagaimana cara untuk mencegah daripada mendapat penyakit kencing manis?

Seperti yang DN tulis di atas tadi, Diabetes Mellitus Type II bukanlah disebabkan oleh penghasilan insulin yang kurang. Insulin masih dihasilkan oleh sel-sel pankreas tetapi sel-sel badan kita tidak dapat mengenal pasti insulin tersebut sehingga menyebabkan gula tidak dapat diserap ke dalam sel-sel badan secara berkesan = RINTANGAN INSULIN.

Jadi bagaimana caranya untuk mencegah rintangan insulin?

Elakkan perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya rintangan insulin. Ada tiga (3) faktor yang menyebabkan berlakunya rintangan insulin:
OBESITI
→ maka kurangkanlah berat badan

KURANG BERSENAM
→ maka lakukanlah aktiviti fizikal 30 minit 5 kali seminggu

PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
maka mulalah menjaga pemakanan dan makanlah suplemen kesihatan
Baru DN tahu yang ubat kencing manis yang ada sekarang sebenarnya tidak dapat mengurangkan masalah rintangan insulin. Ubat tersebut berfungsi untuk membantu menarik gula ke dalam sel serta membantu dalam memproses penukaran gula kepada tenaga.

Jadi cara terbaik untuk kurangkan rintangan insulin adalah kurangkan berat badan bagi yang obesiti, selalu bersenam dan jaga pemakanan.

Semua orang mempunyai peranan dalam menangani isu kencing manis di Malaysia

9- Bagaimana caranya untuk mengawal kencing manis?

Satu-satunya cara untuk kawal kencing manis adalah dengan mengawal tahap gula di dalam darah:
- Makan pada masa yang tetap
- Kawal pengambilan karbohidrat kompleks (cth. bijirin, keledek)
- Pilih makanan yang rendah Indeks Glisemik (GI)
- Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (cth. kek, gula putih, biskut)
- Makan makanan yang tinggi serat
- Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak
Cara Mengawal Kencing Manis
Cara Mengawal Kencing Manis

10- Apakah suplemen yang bersesuaian untuk penyakit kencing manis?

Nutrisi turut memainkan peranan yang sangat penting bagi pengidap kencing manis. Selain jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang aktif, suplemen juga sangat membantu dalam mengawal kencing manis.

Set Kawalan Gula Shaklee
Set Kawalan Gula Shaklee khusus bagi pengidap kencing manis
DN akan kongsikan fungsi setiap vitamin ni dalam entry yang akan datang. Jadi, stay tuned! (Updated - Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis)


Notakaki : Maaf sebab terlalu panjang, tapi percayalah ianya sangat berbaloi untuk ilmu kesihatan kita semua.

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

ESP Sumber Protein Terbaik Buat Pengidap Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya ni tajuk tugasan yang mentor DN berikan pada hari ini. Alang-alang dah update di facebook, DN copy terus masuk dalam blog ni, biar lebih ramai pembaca yang dapat input.

Selalunya, Energyzing Soy Protein (ESP) adalah sinonim sebagai sumber tenaga yang berpanjangan. Ramai customer DN yang mengaku setelah amalkan ESP, mereka lebih bertenaga dan tidak mudah letih.

Tapi hari ini DN nak kongsikan info baru tentang ESP khusus buat pengidap diabetes.

DN terangkan dulu tentang diabetes, supaya nanti pembaca-pembaca dapat kaitkan fungsi ESP - Diabetes dengan lebih mendalam. DN fokus pada Diabetes Mellitus jenis II sahaja tau.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam darah akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga akan merosakkan organ dan tisu yang terdedah kepada tahap glukosa yang tinggi.
Apabila usia semakin meningkat, ditambah dengan corak pemakanan dan gaya hidup sadentari masa kini, kadar sensitiviti sel terhadap insulin menjadi semakin rendah. Ini menyebabkan badan tidak boleh menggunakan insulin yang dihasilkannya secara berkesan.

Keadaan ini dinamakan sebagai rintangan insulin atau lebih dikenali sebagai diabetes mellitus jenis II.

Kenapa DN katakan ESP adalah sumber protein terbaik buat pengidap kencing manis?

Pertama - Asid amino yang terkandung dalam ESP

Kalau diteliti kandungan nutrisi yang tertera pada tongnya, ESP mengandungi kesemua asid amino perlu dan asid amino tidak perlu untuk sistem badan berfungsi dengan baik. Salah satu daripadanya termasuklah asid amino Arginine.

ESP vs Diabetes
Asid amino yang ada dalam ESP
Ada banyak kajian sebenarnya yang menunjukkan bahawa asid amino Arginine dapat MENINGKATKAN SENSIVITI SEL BADAN TERHADAP INSULIN.
"Arginine is a precursor of nitrogen oxide, a transmitting substance which has a direct influence on insulin sensitivity"

Kedua - ESP mempunyai kadar indeks glisemik yang rendah 
Indeks glisemik bagi karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi, manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem badan secara perlahan.
ESP mempunyai tahap indeks glisemik yang rendah iaitu kurang daripada 55. Jika dilihat pada kandungan nutrisi yang tertera pada label makanannya, kandungan gulanya adalah rendah iaitu hanya 9g untuk satu hidangan.

Sebenarnya DN ada jumpa jurnal yang mengkaji tentang hubungan soya dan kadar indeks glisemiknya yang rendah. DN nak kena hadamkan dulu betul-betul, baru DN kongsikan dalam blog ni. Sabar ya, wahai pembaca blog yang baik-baik semuanya :)

Notakaki : Kalau nak order ESP, cepat-cepat hubungi DN tau!

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

Berhenti Merokok Dengan VIVIX

Assalamualaikum w.b.t

Malam tadi DN ada diskusi tentang VIVIX vs ROKOK dengan ahli-ahli TuRBO yang lain. DN rasa macam rugi pula kalau simpan ilmu ni sorang-sorang. Baik DN kongsikan dalam blog ni supaya lebih ramai lagi yang tahu tentang jalan alternatif untuk BERHENTI MEROKOK.

DN rasa semua orang pun tahu tentang BAHAYA MEROKOK. Bahayanya bukan sahaja pada si perokok, tapi turut melibatkan 2nd smoker, iaitu insan-insan berhampiran yang sering menghidu asap rokok tersebut.

Kita tengok kandungan rokok dahulu ya!

Vivix Bantu Berhenti Merokok
Kandungan Rokok
Banyak betul bahan kimia kan? Terbeli-belit lidah DN nak menyebut satu per satu ;p

Kalau nak tahu, bahan-bahan inilah penyumbang kepada pembiakan radikal bebas dalam badan kita, lebih-lebih lagi kepada si perokok dan si penghidu asap rokok.
RADIKAL BEBAS - molekul tidak stabil yang terhasil daripada proses pengoksidaan yang merosakkan sel-sel badan. Molekul-molekul ini bertindak jahat dengan memusnahkan sel-sel baik yang lain.
Jahat kan radikal bebas ni? 
Jadi, orang yang merokok ni sebenarnya bukan saja membuka jalan untuk radikal bebas bertindak merosakkan sel-sel badan dia, tapi juga kepada insan-insan di sekelilingnya.

Radikal bebas
Jahatnya lah radikal bebas ni!
Bila radikal bebas ni berkumpul dengan banyaknya dalam badan, maka ia boleh membawa kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit autoimun, penuaan, katarak, arthritis, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kerosakan paru-paru.

DN rasa sekarang kita dah faham apa yang rokok ni dapat buat pada badan kita. Boleh kaitkan tak kenapa orang yang merokok ni adalah orang yang tinggi risikonya untuk mendapat penyakit-penyakit kronik?

Sekarang DN nak ceritakan pula tentang produk premium Shaklee iaitu VIVIX!
Vivix Bantu Berhenti Merokok
VIVIX KAYA ANTIOKSIDAN

DN terus cerita tentang mekanisma tindakan VIVIX tau. Nak tau kandungan VIVIX boleh rujuk sini

Ada empat (4) mekanisma utama tindakan VIVIX yang semua orang patut tahu. Bila dah tahu, barulah bertambah yakin nak amalkan VIVIX nanti.
(1) Melindungi dan memperbaiki DNA
(2) Pengawalan genetik yang membantu melambatkan penuaan sel
(3) Menggalakan biogenesis mitokondria bagi tingkatkan tenaga di dalam sel
(4) Melambatkan pembentukan protein AGE
Kalau dilihat pada mekanisma tindakannya, VIVIX dapat bertindak sehingga ke peringkat DNA.

Sebab apa?

Ini disebabkan VIVIX adalah suplemen yang sangat kaya dengan ANTIOKSIDAN.

Antioksidan ni merupakan musuh utama radikal bebas. Semakin banyak antioksidan dalam badan, semakin banyak radikal bebas dapat dineutralkan kembali.

Bagaimana VIVIX membantu untuk berhenti merokok?

1- Disebabkan VIVIX adalah tonik yang kaya dengan antioksidan, maka VIVIX akan membantu tubuh badan untuk neutralkan kembali radikal bebas yang terhasil akibat tabiat merokok.

2- VIVIX juga membantu dalam proses detoksifikasi untuk membuang segala toksin yang terhasil semasa aktiviti merokok.

Jadi, apabila sel-sel dah kembali sihat sejahtera (badan dah clean daripada bahan-bahan rokok), maka badan akan automatik 'reject' apabila merokok. Sebab itu orang-orang yang amalkan VIVIX ni akan rasa rokok tu jadi pahit dan keinginan untuk merokok juga semakin berkurangan. 

Tapi dengan satu syarat si perokok itu juga memerlukan keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok!

DN kongsikan pula testimoni-testimoni VIVIX vs MEROKOK ya!

Testimoni 1
VIVIX Bantu Berhenti Merokok
Badan Lebih Sihat Selepas Amalkan VIVIX

Testimoni 2
VIVIX Bantu Berhenti Merokok
Ayah Bertambah Sihat Selepas Ikhtiar Dengan VIVIX
 Testimoni 3
VIVIX Bantu Berhenti Merokok
Rasa Rokok Tak Sedap Selepas Amalkan VIVIX
 Testimoni 4
VIVIX Bantu Berhenti Merokok
Kurang Ketagihan Merokok Selepas BerVIVIX
Banyak lagi rupanya ilmu VIVIX yang DN kena gali. Seronok sangat bila dapat tahu info-info baru berkaitan VIVIX :D

Buat pembaca yang bijak-bijak belaka, sekiranya memerlukan konsultasi berkaitan entry ni, jangan segan silu hubungi DN ye.

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

Azam Cycle Baru Bisnes Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

1 Mac 2017.

Permulaan bulan baru.
Juga merupakan bulan terakhir untuk cycle 2016 / 2017 dalam Shaklee.

Bagi yang belum tahu, cycle Shaklee ni tak sama dengan tahun masihi. Permulaan cycle baru adalah pada bulan April dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya.

Apa kepentingan cycle ni?

Untuk cycle 2017 / 2018 ni, sekiranya DN dapat kumpul point yang mencukupi, maka layaklah DN untuk join trip Shaklee yang penuh dengan kejutan tu (dengan syarat kena naik RANK SUPERVISOR dahulu).
 
Bagi yang sangat-sangat mahukan PERCUTIAN PERCUMA ke Bangkok ataupun, mahu merasai pengalaman naik cruise ke Spain, France dan Italy, maka inilah saatnya untuk anda mula bertindak!

Bagaimana caranya?

Bermula dengan MENDAFTAR AHLI SHAKLEE pada hari ini dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk kumpul point tersebut.

Kita semua adalah FIGHTERS!
Bagi DN sendiri, cycle 2016 / 2017 ini tidaklah berapa 'manis' seperti sahabat-sahabat yang lain. Tetapi DN tetap OPTIMIS dan POSITIF dalam perjalanan mendaki tangga kejayaan dalam bisnes shaklee ini.

Mana ada kejayaan yang datang bergolek. Setiap kejayaan itu pasti ada kisah di sebaliknya. Mungkin, inilah kisah DN dan DN perlu berusaha lebih keras lagi untuk mencapai impian tersebut.

Terus terang bila masuk bulan Mac ni, macam-macam perasaan datang sebab DN tahu, inilah masa terbaik untuk DN naik rank Supervisor. Rasa teruja, takut, risau, semangat, gerun, semuanya ada. DN mesti fight untuk dapatkan group sales sebanyak RM9,500 pada bulan ini (Mac 2017), supaya  apabila bermulanya cycle baru, DN boleh terus kumpul point untuk rewards yang Shaklee tawarkan.

Untuk capai matlamat ni, DN mesti tingkatkan usaha supaya seiring dengan target yang dah pun DN setkan. Paling penting, DN wajib konsisten.
 
DN nak kongsikan sedikit pesanan mentor DN dalam bisnes ni;
1-- Niatkan buat bisnes untuk berjaya bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat
2-- Untuk berjaya, bukan sekadar perlu ada impian, tetapi kita mesti berusaha sepenuhnya untuk mencapai impian tersebut
3-- Kita juga perlu faham bahawa setiap apa yang ada di dunia ini adalah hak milik Allah, maka semoga segala usaha yang kita lakukan akan dikembalikan untuk kejayaan di akhirat nanti.

Buat pembaca-pembaca yang baik hati,

Doakan agar DN terus tetap kuat dan bersemangat dalam perjalanan ini, ya! 

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

7 Sebab Utama Kenapa Bukan Selain Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Masuk tahun ni (2017), genap lima (5) tahun DN amalkan suplemen shaklee. Bukan satu masa yang singkat tapi Alhamdulillah DN setia dengan nan satu ni ;)

Dalam entry ni DN akan kongsikan sebab-sebab KENAPA MESTI SHAKLEE? Kenapa bukan suplemen jenama lain.

Kalau dulu DN pilih Shaklee disebabkan harganya yang mampu milik, tapi sekarang DN punya tujuh (7) alasan yang lebih kukuh untuk tidak berpaling kepada yang lain.

PERTAMA - Shaklee Mempunyai Kajian Klinikal Bagi Setiap Produk Yang Dihasilkan

Produk Shaklee bukanlah produk cikai yang boleh siap dalam sebulan dua sebelum dipasarkan. 

Walaupun di US, pihak Food and Drug Administration (FDA) telah tetapkan yang suplemen tidak memerlukan kajian saintifik sebegini, tetapi Shaklee tetap menjalankan kajian demi kajian untuk membuktikan yang Shaklee sememangnya adalah suplemen terbaik.

Berikut DN senaraikan antara hasil dapatan kajian yang telah dijalankan. (Boleh klik link tersebut untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci)

a- Ostematrix - Calcium Availability Study
b- Cinch Inch Loss Plan - Weight Loss Study
c- Cinch Products - Glycemic Index Testing 

Untuk menjayakan kajian-kajian ini bukanlah satu proses yang mudah dan murah, malah mengambil masa yang sangat lama dan menggunakan banyak tenaga kepakaran dari seluruh dunia.

Bangga DN menjadi sebahagian daripada team Shaklee ni :D

KEDUA - Landmark Study (The Landmark Dietary Supplement Study)

Shaklee adalah satu-satunya syarikat pengeluaran suplemen yang menjalankan Landmark Study untuk membuktikan bahawa suplemen Shaklee adalah SENTIASA SELAMAT dan SENTIASA BERKESAN.

Kajian ini telah dijalankan oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Prof. Gladys Block dari Universiti Berkeley, California pada tahun 2007.

Kajian ini melibatkan tiga (3) kumpulan;

a- Kumpulan yang tidak mengambil suplemen langsung
b- Kumpulan yang mengambil suplemen selain Shaklee
c- Kumpulan yang telah mengamalkan suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun

Hasil kajian mendapati pengamal suplemen Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang LEBIH BAIK berbanding dua (2) kumpulan yang lain.

Shaklee Landmark Study
Shaklee Landmark Study

Bagi DN, ini merupakan strong point untuk DN terus kekal mengamalkan suplemen Shaklee tanpa rasa ragu-ragu atau takut akan kesan sampingannya.

KETIGA - Penglibatan Scientific Advisory Board Shaklee

Setiap produk baru yang dihasilkan mestilah mendapat kelulusan daripada ahli-ahli Scientific Advisory Board.

Antara ahli-ahli Scientific Advisory Board of Shaklee termasuklah;

Dr. Yasuhiko Kojima
Dr. Yasuhiko Kojima


a- Dr. Yasuhiko Kojima
Beliau merupakan ahli Imunologi yang telah mencipta NutriFeron, produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan sistem imun badan, selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikannya.




Prof. Elizabeth Blackburn
Prof. Elizabeth Blackburn



b- Prof. Elizabeth Blackburn
Beliau merupakan penerima Nobel Prize Award dalam bidang perubatan pada tahun 2009 melalui kajiannya berkaitan telomere.




Bukan calang-calang orang tau mereka ni. Macam manalah DN tak jatuh cinta dengan suplemen Shaklee :)

KEEMPAT - Penglibatan Shaklee Science Team

Produk-produk Shaklee telah dibangunkan oleh sekumpulan saintis Shaklee yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.

Antaranya termasuklah Dr. Bruce Daggy dan Dr. Jamie McManus di mana kedua-duanya turut terlibat dalam pengurusan tertinggi Shaklee.

Dr. Bruce Daggy sahaja telah menerbitkan 80 jurnal dan abstrak serta telah mendaftar 13 patent di bawah namanya.
 
Antara hasil penerbitan Dr. Bruce Daggy

Percayalah cakap DN, untuk menerbitkan satu (1) jurnal berprestij ini bukanlah satu perkara yang mudah. DN pernah berkerja bahagian research di salah sebuah Universiti Awam di Malaysia dan DN tahu betapa strugglenya pensyarah-pensyarah ini nak menghasilkan penerbitan.

KELIMA - Menjadi Pilihan Atlet Olimpik

Semasa Sukan Olimpik di Rio 2016 pada tahun lepas, seramai 37 atlet dari US merupakan sebahagian daripada team Shaklee Pure Performance.

Shaklee Pure Performance Team
DN kongsikan angka menarik buat pembaca yang budiman ya!
16 atlet daripada 37 atlet berkenaan telah memenangi pingat.
13 atlet daripada 16 atlet berkenaan telah memenangi pingat EMAS.
Selebihnya 1 atlet telah memenangi pingat PERAK dan 2 atlet memenangi pingat GANGSA.
Terus rasa 'WOW'

Sebagai atlet, DN tahu mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan tambahan ataupun suplemen yang tidak mengandungi bahan terlarang seperti dexamethasone.

Mereka perlu menjalani ujian doping dan sekiranya didapati positif mengandungi bahan terlarang, mereka akan digantung perlawanan. Sekiranya mereka telah memenangi sebarang pingat, pingat tersebut akan ditarik balik dan ini akan memberi kesan kepada ranking mereka!

DN beryukur sangat-sangat, produk-produk Shaklee adalah 'clean', sebab itulah atlet-atlet pun boleh amalkannya dengan yakin dan selamat.

KEENAM - Kerjasama Shaklee - NASA Dalam Menghasilkan Produk Untuk Angkasawan

Jujurnya DN dapat tahu perkara ni hanya pada baru-baru ini sahaja.

Shaklee telah dipilih oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) untuk berkerjasama bagi menghasilkan satu produk khusus untuk para angkasawannya mengekalkan stamina selama berada di angkasa lepas.

Captain Kelly Mark - Vitalizer

Sejak tahun 1993, Shaklee telah membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidratan semula mengikut keperluan para angkasawan, yang digelar AstroAde dan yang menariknya ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

Dah lebih 20 tahun pun, kan?

KETUJUH - Landmark Study II (The Shaklee Telomere Research Landmark Study II)

Penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. Elizabeth Blackburn ini telah pun mendapat keputusan awal.

Kajian ini dijalankan untuk mengukur telomere pengamal suplemen Shaklee yang telah mengambil Vivix, Cinch dan Vitalizer secara konsisten selama lima (5) tahun.

Hasil awal mendapati bahawa kumpulan yang mengamalkan suplemen Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding dengan kumpulan yang langsung tidak mengamalkan sebarang suplemen.

Telomere

Secara dasarnya, Landmark Study II dijalankan untuk membuktikan bahawa Vivix, Cinch dan Vitalizer dapat melambatkan kadar pemendekan telemore.

----------#####----------

Akhirnya, lengkap sudah senarai 7 Sebab Utama Kenapa Bukan Selain Shaklee daripada DN.

Bila dengar perkongsian ini daripada seorang sahabat SID, DN tahu yang keputusan DN mengamalkan suplemen Shaklee ini adalah SANGAT TEPAT. Atas keyakinan inilah, makanya DN kongsikan pula fakta-fakta ilmiah ini dengan pembaca-pembaca yang disayangi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua :)


Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603